PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

HEBAHAN PROGRAM PASAR PERCUMA (FREE MARKET) SIRI 2.0 EDISI RAMADHAN ANJURAN BERSAMA ACT OF KINDNESS (AOK) – GEROBOK REZEKI MUTIARA (GR) UMT DAN KELAB MAHASISWA SELANGOR (MASEL) UMT.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Warga UMT budiman,

Adalah dimaklumkan satu program Pasar Percuma (Free Market) anjuran bersama Sukarelawan Act of Kindness (AOK) – Gerobok Rezeki Mutiara (GR) UMT dan Kelab Mahasiswa Selangor (MASEL) UMT, dengan kerjasama Kolej Kediaman UMT , Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH) serta pasukan sukarelawan Green Ranger UMT akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : Isnin, 10 April 2023
Masa : 9 pagi hingga 4 petang
Tempat : Serambi Siswa (Teflon), Kolej Kediaman.

Diharap pelaksanaan Pasar Percuma kali ini dapat menggalakkan budaya memanfaatkan barangan yang tidak diperlukan oleh pengguna kepada pengguna lain, selain memperkasakan konsep sisa sifar di kampus UMT.

Oleh yang demikian, seluruh warga pelajar dan kakitangan UMT adalah dijemput untuk ke program ini dan semua barangan (buku, pakaian, kelengkapan harian dan lain-lain), makanan dan minuman yang disediakan adalah percuma. Kami juga turut mengalu-alukan sekiranya ada yang ingin menyumbang barangan/makanan dan minuman untuk diagihkan secara percuma boleh terus menghantar ke lokasi di atas, sukarelawan bersedia membantu untuk menyelaras bagi agihan. Tiada had jenis barangan spesifik yang boleh dihantar, selagi ianya berfungsi dan boleh dimanfaatkan.

Dipohon untuk membawa beg (mengisi barangan yang diambil- beg tidak disediakan) dan amat digalakkan untuk membawa bekas makanan/minuman sendiri. 

Kerjasama dan sokongan yang diberikan adalah amat dihargai. 

Poster agihan adalah seperti yang dilampirkan.

Sekian, terima kasih.