Program Sains Marin, FSSM dengan Kerjasama Trash Hero Batu Buruk akan menganjurkan Program Sayangi Pulau Warisan dan Penghayatan Warisan Kampung Cina yang melibatkan semua pelajar Tahun 1 yang mengambil kursus MPU3312 Apresiasi Alam dan Warisan laut. Objektif utama program ini adalah menjalankan aktiviti pembersihan Pulau Warisan dan sekitar serta memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dengan komuniti setempat tentang kepentingan penjagaan alam sekitar marin.
Tarikh : 16 Disember 2022 (Jumaat)
Masa : 8 – 11 pagi
Tempat : Sekitar Pulau Warisan dan Kampung Cina Kuala Terengganu
Marilah kita sama-sama meramaikan program tersebut dan semoga program tersebut dapat memberi impak yang signifikan kepada kita semua.