PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

ESOK! PROGRAM TRASH TO CASH SIRI III

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera

Hasil daripada sambutan yang sangat baik pada Program Trash to Cash Siri I dan II lalu yang telah berjaya mengumpul hampir 1.3 tan sisa kitar semula dan tebusan wang tunai hampir RM900 kepada warga UMT, kini Siri ke III dan ke IV akan dilaksanakan seperti berikut :

Trash to Cash Siri III
Hari dan Tarikh : Khamis, 9 Februari 2023
Lokasi : Serambi Siswa (Teflon), Kolej Kediaman UMT
Masa : 8 pagi hingga 5 petang

Trash to Cash Siri IV
Hari dan Tarikh : Khamis, 23 Februari 2023
Lokasi : Serambi Siswa (Teflon), Kolej Kediaman UMT
Masa : 8 pagi hingga 5 petang.

Program ini adalah anjuran bersama SWCorp, KPKT, dengan kerjasama Kolej Kediaman UMT, Projek Green Living UMT, pasukan Kampus Lestari dan pasukan sukarelawan Green Ranger UMT serta sokongan dari Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) dan Jawatankuasa Citra dan Kelestarian Kampus. Cetusan idea program ini juga adalah untuk membantu para pelajar khususnya yang sedang berada di hujung semester dan sedang dalam proses pengemasan dan pelupusan barangan di akhir semester di samping membudaya dan memperkasa amalan kitar semula di kalangan warga UMT.

Berikut merupakan perincian senarai barangan yang diterima untuk dikitar semula :

*Senarai harga barang kitar semula terkini * :

untuk program Trash to Cash esok, boleh minta jasa baik untuk updatekan harga terkini :

Senarai harga barang kitar semula terkini * :

1. Kotak: 21 sen/kg
2. Kertas campur: 20 sen/kg
3. Majalah: 20 sen/kg
4. Surat khabar lama: 30 sen/kg
5. Plastik CTH: botol mineral kerusi plastik, besen, botol sabun, botol minyak
silinder): 45 sen/kg
6. Besi nipis (cth: tin susu, tin biskut, zink): 55 sen/kg
7. Besi campur: 75 sen/kg
8. Tin minuman aluminium: Rm3.00/kg
9. Aluminium campur: Rm3.00/kg
10. Bateri kereta: Rm1.50/kg
11. TV LCD: Rm2.00/unit
12. TV biasa (S/M/L) : RM2.00 – Rm4.00/unit
13. Peti sejuk: Rm4.00/unit
14. Mesin basuh: Rm4.00/unit
15. CPU Komputer : RM6.50/unit
16. Monitor Komputer : RM5.50/unit 
17. Minyak masak: Rm1.70/kg
18. E-waste (cth: printer, decoder TV, mesin fax, UPS, barangan
komputer yang lain) : 50sen/kg
 

Pasukan sukarelawan Green Ranger sedia membantu untuk mengangkat barangan yang ingin dihantar dan ditebus dari kenderaan. Pagar sisi Kolej Kediaman berhampiran Serambi Siswa berdekatan Pintu Pagar belakang UMT akan dibuka sepanjang program ini berlangsung.

Sekian, semoga di dalam makluman dan perhatian semua. Penglibatan warga kakitangan dan pelajar dalam program ini adalah amat diharapkan dan dialu-alukan.

Terima kasih.

—–

.
Saya yang menjalankan amanah,

———————-

Dr. Izan Dato’ Haji Jaafar, PhD (Cardiff), MEng (UTM), BSc(Hons)(UMS)
Coordinator
Green Ranger UMT

Senior Lecturer
Faculty of Science and Marine Environment
Universiti Malaysia Terengganu
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6683140
Fax : 09-6683193
Email : izanjaafar@umt.edu.my

~ Please consider the environment before printing this email