YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
PROGRAM GREEN LIVING UMT – PENGUMPULAN DAN KUTIPAN BAHAN KITAR SEMULA BULAN NOVEMBER 2022
Sukacitanya dimaklumkan bahawa aktiviti bulanan pengumpulan dan kutipan bahan kitar semula secara berjadual anjuran Projek Kampus Lestari UMT dijalankan di 5 lokasi bernotis (seperti lampiran) iaitu:
1. Depan Fakulti Pengajian Maritim (bersebelahan kafe)
2. Kolej Kediaman UMT (Bawah khemah teflon putih)
3. Belakang bangunan FSSM (Antara bangunan Fakulti dan Makmal Sains Nautika)
4. Kompleks Sementara Pensyarah (Kabin Biru) bersebelahan bangunan Bio-D Tropika (berdekatan kawasan parkir kereta)
5. Institut Bioteknologi Marin (IMB, berdekatan pintu bahagian belakang)
2. Buat pengetahuan YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, jumlah kutipan bahan kitar semula pada bulan lepas (Oktober 2022) adalah sebanyak 87 kg (botol mineral, kertas, bekas plastik, kotak, besi, dsb – contoh bahan seperti di lampiran). Sebarang usul untuk pertambahan tempat pengumpulan dan kutipan di PTJ lain amatlah dialu-alukan.
3. Kepada sesiapa yang berminat untuk terlibat dengan program ini, YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan boleh merujuk kepada lampiran yang disediakan tentang jenis bahan yang boleh diterima dan tatacara penyediaan bahan kitar semula. YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan juga boleh membawa bahan kitar semula dari rumah ke lokasi tersebut pada masa yang telah ditetapkan – Rabu petang (untuk Lokasi 1 sahaja) ataupun Khamis pagi.
4. Mohon jasa baik semua pihak untuk 1) TIDAK meletakkan bahan yang tidak boleh dikitar semula seperti sisa makanan atau pepejal, barangan/botol kaca, polisterin serta plastik beg yang berwarna warni dan 2) TIDAK meletakkan bahan kitar semula di luar waktu yang ditetapkan.
4. Sebarang persoalan tambahan berkenaan lokasi, waktu dan tatacara penyediaan, tuan/puan boleh menghubungi PIC kempen Green Living UMT, Dr. Amirah Alias di Ext: 3838 atau emel kepada amirah.a@umt.edu.my.
5. Jadual untuk kutipan seterusnya pada bulan ini adalah pada hari Khamis terakhir iaitu pada hari ESOK, 24 November 2022, sebelum jam 9.30 pagi. Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak untuk melestarikan kampus UMT dan persekitaran setempat.
Sekian terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
PIC Green Living UMT
—
Amirah Alias, PhD
Pensyarah,
Program Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti,
Fakulti Sains dan Sekitaran Marin,
Universiti Malaysia Terengganu
Terengganu Darul Iman
Pejabat: 09-668 3838