PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UMT Top Leader (UMT Toplead) Strategy Master

Bual Bicara Professor

Kursus Asas Pengajaran & Pembelajaran

Kursus Bicara Nakhoda Bersama Lembaga Pengarah UMT

Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi (PPBI) telah mengadakan Program Bicara Nakhoda bersama YBrs. Profesor Dr. Mohamad Salmi bin Mohd Sohod, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu pada 12 Disember 2023. Program Bicara Nakhoda merupakan wadah atau medium bagi Warga UMT berinteraksi bersama ahli Lembaga Pengarah UMT yang mempunyai pelbagai bidang kepakaran dan pengalaman. Melalui program ini juga, ianya dapat memberi pendedahan atau kefahaman kepada warga UMT mengenai isu semasa serta membuka minda dalam melihat cabaran dan perubahan masa hadapan.
PPBI ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. ChM. Dr. Marinah Mohd Ariffin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mohd Izani Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Tuan Haji Zukiferee Ibrahim, Pendaftar, Pegawai Utama, Pegawai Kanan dan seluruh warga UMT atas kehadiran dan komitmen menjayakan program ini.

Forum Menyediakan Universiti untuk masa hadapan

Bicara Semarak Merdeka