PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

HEBAHAN PROGRAM PASAR PERCUMA (FREE MARKET) ANJURAN BERSAMA ACT OF KINDNESS (AOK) – GEROBOK REZEKI MUTIARA (GR) UMT DAN KELAB MAHASISWA SELANGOR (MASEL) UMT.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Warga UMT budiman,

Adalah dimaklumkan satu program Pasar Percuma (Free Market) anjuran bersama Sukarelawan Act of Kindness (AOK) – Gerobok Rezeki Mutiara (GR) UMT dan Kelab Mahasiswa Selangor (MASEL) UMT, dengan kerjasama Kolej Kediaman UMT , Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH) serta pasukan sukarelawan Green Ranger UMT akan diadakan pada hari esok seperti ketetapan berikut :

Tarikh : Selasa, 21 Mac 2023
Masa : 9 pagi hingga 6 petang
Tempat : Serambi Siswa (Teflon), Kolej Kediaman.

Diharap pelaksanaan Pasar Percuma ini dapat menggalakkan budaya memanfaatkan barangan yang tidak diperlukan oleh pengguna kepada pengguna lain, selain memperkasakan konsep sisa sifar di kampus UMT.

Oleh yang demikian, seluruh warga pelajar dan kakitangan UMT adalah dijemput untuk ke program ini dan semua barangan (buku, pakaian, kelengkapan harian dan lain-lain), makanan dan minuman yang disediakan adalah percuma. Kami juga turut mengalu-alukan sekiranya ada yang ingin menyumbang barangan/makanan dan minuman untuk diagihkan secara percuma boleh terus menghantar ke lokasi di atas, sukarelawan bersedia membantu untuk menyelaras bagi agihan. Tiada had jenis barangan spesifik yang boleh dihantar, selagi ianya berfungsi dan boleh dimanfaatkan.

Poster agihan adalah seperti yang dilampirkan.

Sekian, terima kasih.