Projek Solar Terapung Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pantai Tok Jembal, menerusi Projek Tenaga Boleh Diperbaharui semasa tinjauan, hari ini.
Menerusi Belanjawan MADANI 2024 kerajaan persekutuan memperuntukkan lebih RM300 juta di bawah Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara bagi tahun hadapan, berbanding RM100 juta tahun ini.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rancangan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) adalah untuk mengalihkan sektor tenaga ke arah mencapai sasaran gas rumah hijau sifar bersih seawal 2050.