PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

ESSF 2025 : Strategic Coastal Management of UMT

STRATEGIC MANAGEMENT OF UMT BEACH

By: Dr. Mohd Faiz bin Mohd Yasin

Dr. Mohd Faiz bin Mohd Yasin and his team had organised a discussion workshop tp determine the management status of beach area near UMT. This was due to the beach condition which was polluted with rubbish, raising concern on the need for recognition of authority upon the area regarding maintenance responsibility to avoid overlapping with other agencies. Hence, this round table discussion had involved representative from Office of Development and Assets UMT, representative from Kuala Terengganu City Council, representative from State Secretary of Terengganu and representative from Geng Plastik Ija (non-governmental organisation). The discussion decided that a part of the beach is under UMT’s ownership. Therefore, planning for short-term and long-term action were decided. After discussion session, members of meeting organised a site visit which was at UMT Beach to evaluate the condition of the beach in direct. Among short-term actions planned is to put signage of awareness to preserve the wellness of UMT Beach, meanwhile long-term measures agreed are to execute program for development, management, commercials and financial generation from UMT Beach.

Dr. Mohd Faiz bin Mohd Yasin dan pasukannya telah mengadakan satu bengkel perbincangan bagi mengetahui status pengurusan kawasan pantai di belakang UMT. Hal ini kerana keadaan pantai yang dicemari dengan sampah menimbulkan rasa prihatin tentang keperluan mengenal pasti punca kuasa tanggungjawab kawasan tersebut berkaitan tanggungjawab penyelenggaraan bagi mengelakkan pertindanan dengan agensi-agensi lain. Justeru, perbincangan meja bulat ini telah melibatkan wakil daripada Pejabat Pembangunan dan Harta UMT, wakil Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan wakil Geng Plastik Ija (badan bukan kerajaan). Hasil perbincangan memutuskan bahawa sebahagian kawasan pantai tersebut merupakan milik UMT. Oleh itu, perancangan bagi tindakan jangka pendek dan panjang telah ditetapkan. Sejurus sesi perbincangan, ahli-ahli mesyuarat telah mengadakan lawatan ke tapak kajian iaitu Pantai UMT bagi menilai seara langsung keadaan pantai tersebut. Antara langkah jangka pendek yang dirancang adalah untuk meletakkan papan tanda kesedaran bagi menjaga kesejahteraan Pantai UMT, manakala langkah jangka panjang yang disepakati pula adalah untuk membangunkan program pembangunan, pengurusan, komersial serta penjanaan daripada Pantai UMT.