PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Makluman ESSF 2026

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/Prof./ Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE TAKLIMAT ENVIRONMENTAL AND SOCIAL SUSTAINABILITY FUNDS (ESSF) KEPADA SEMUA WARGA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Lestari akan mengadakan Taklimat Environmental and Social Sustainability Funds(ESSF). Taklimat ini diadakan bagi memberi penerangan berkenaan kriteria kelayakan, tatacara permohonan serta garis panduan pelaksanaan projek yang berkaitan dengan kelestarian alam sekitar dan sosial.
  1. Sehubungan itu, taklimat akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:

                       Tarikh            :  20 Mei 2026 (Rabu)

                        Masa              :  2.30 petang

                        Tempat          :  Auditorium Sulaiman, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ)

  1. Sehubungan itu, semua warga UMT yang berminat adalah dijemput untuk menghadiri  taklimat ini bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan projek ESSF. Bersama-sama ini dilampirkan borang kehadiran, borang permohanan dan garis panduanESSF untuk makluman dan tindakan YBhg. Dato’/Prof./ Dr./Tuan/Puan.
  1. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Dato’/Prof./ Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Mohamad Jamil Rasyidi bin Mohd Ramlan di talian 019-9794470 atau emel jamil.rasyidi@umt.edu.my. Segala kerjasama dan kehadiran yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.