PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

INSENTIF HARI LESTARI 2026 : Green Procurement Briefing Enhances Sustainability Awareness Among UMT Staff

Green Procurement Briefing Enhances Sustainability Awareness Among UMT Staff

 

KUALA NERUS, 31 March 2026 – Universiti Malaysia Terengganu (UMT), through its Bursar’s Office, organised a Green Procurement Briefing on 31 March 2026 at the Ibnu Khaldun Seminar Room, Academic and Research Management Complex, UMT. The briefing, which commenced at 10.00 a.m., was delivered by Pn. Salwati Mohamad @ Asmara, Senior Deputy Bursar and Head of the Financial Services Division, UMT Bursar’s Office. The programme was attended by Science Officers from across the university.

The briefing aimed to enhance participants’ knowledge and understanding of the concept, significance, and implementation of green procurement within the public sector. Participants were introduced to the government’s policies and guidelines on sustainable procurement while encouraging the adoption of environmentally responsible purchasing practices as part of the university’s organisational culture.

During the session, participants gained insights into the strategic role of green procurement in minimising environmental impacts, optimising resource utilisation, and supporting the conservation of natural resources. The briefing also highlighted how sustainable procurement contributes to improved financial efficiency through the selection of high-quality, durable, and environmentally preferable products and services throughout their life cycle.

The implementation of green procurement represents a key initiative in strengthening sustainable governance at UMT, reflecting the university’s commitment to the Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 12: Responsible Consumption and Production. The initiative also supports efforts to reduce the university’s carbon footprint while fostering a culture of sustainability across campus operations.

The organisation of this briefing demonstrates UMT’s continued commitment to embedding sustainability into its institutional practices by promoting responsible, efficient, and sustainable procurement that delivers long-term benefits to the university, society, and the environment.

Taklimat Perolehan Hijau Tingkat Kesedaran Warga UMT Terhadap Kelestarian

KUALA NERUS, 31 Mac 2026 – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerusi Pejabat Bendahari telah menganjurkan Taklimat Green Procurement (Perolehan Hijau) pada 31 Mac 2026 di Bilik Seminar Ibnu Khaldun, Kompleks Pengurusan Akademik dan Penyelidikan UMT. Taklimat yang bermula pada jam 10.00 pagi ini telah disampaikan oleh Pn. Salwati Mohamad @ Asmara, Timbalan Bendahari Kanan merangkap Ketua Bahagian Perkhidmatan Kewangan, Pejabat Bendahari UMT, dengan penyertaan semua Pegawai Sains UMT sebagai kumpulan sasaran.

Penganjuran taklimat ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman warga UMT mengenai konsep, kepentingan serta pelaksanaan perolehan hijau dalam sektor awam. Peserta turut diberi pendedahan berkaitan dasar dan garis panduan kerajaan yang menyokong amalan perolehan mampan, di samping menggalakkan pembelian barangan dan perkhidmatan yang mempunyai impak minimum terhadap alam sekitar.

Sepanjang sesi perkongsian, peserta didedahkan kepada peranan strategik perolehan hijau dalam mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, mengoptimumkan penggunaan sumber secara berhemah serta menyokong usaha pemeliharaan sumber semula jadi. Amalan ini juga dilihat mampu meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan melalui pemilihan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, tahan lama serta lebih lestari sepanjang kitaran hayatnya.

Pelaksanaan perolehan hijau merupakan antara langkah penting dalam memperkukuh tadbir urus lestari universiti, selaras dengan komitmen UMT untuk menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs), khususnya SDG 12: Responsible Consumption and Production, di samping menyumbang kepada usaha mengurangkan jejak karbon dan memperkasa budaya kelestarian dalam pengurusan institusi.

Penganjuran taklimat ini membuktikan komitmen berterusan UMT dalam membudayakan amalan kelestarian di kampus melalui pelaksanaan dasar dan amalan perolehan yang lebih bertanggungjawab, cekap serta memberi manfaat jangka panjang kepada universiti, masyarakat dan alam sekitar.