PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

INSENTIF HARI LESTARI 2026 : UMT Students Champion Sustainability and Community Welfare Through Dual CSR Initiatives

Ajil, 27 November 2024 – Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil witnessed a high-impact initiative to foster students’ awareness of environmental sustainability through the Workshop on Transforming Mushroom Blocks into High-Quality Compost. The workshop was participated in by 50 students from the Special Education Integrated Programme (PPKI) and aimed to provide exposure and practical training on the process of making compost from discarded mushroom blocks. The workshop received funding from the UMT Transformation and Strategic Centre through the Environmental and Social Sustainability Funds (ESSF).

The main objective of this workshop was to expose students to both theoretical and practical aspects of producing compost from discarded mushroom blocks, while educating them on the importance of reusing organic waste and caring for the environment. This programme is aligned with efforts to empower PPKI students with skills that can be applied in daily life while contributing to environmental conservation.

Mushroom blocks used in cultivation are often regarded as waste. However, with the right techniques and approaches, this material can be transformed into high-quality compost rich in nutrients. Besides reducing waste, this technique also helps improve soil fertility and promotes organic plant growth. The workshop was divided into two main sessions: theory and practical. In the theory session, students were introduced to the basic concepts of composting, the types of organic materials suitable for use, and the benefits of compost in agriculture and environmental care. They were also exposed to the decomposition process carried out by microorganisms, as well as factors influencing compost quality such as moisture and temperature.

In the practical session, students were given the opportunity to crush discarded mushroom blocks and mix them with brown sugar as a fermentation agent to initiate the composting process. After two weeks, a follow-up session was held to complete the composting process by mixing the material with soil. Students were also taught techniques for stacking and turning compost, maintaining appropriate moisture levels, and identifying mature compost ready for use.

This programme had a significant impact on the students as it not only provided new knowledge but also built practical skills that can be applied in everyday life. Among the key benefits of this workshop for students are:

  • Exposure to green agriculture knowledge – Students learned how waste can be recycled into useful material that enhances soil fertility and plant growth.

  • Empowerment in life skills – By learning composting techniques, PPKI students sharpened skills that can be applied to community projects or even as a small-scale income-generating activity.

  • Awareness of environmental sustainability – Through hands-on learning, students gained a better understanding of the impacts of uncontrolled waste disposal and the importance of eco-friendly waste management.

  • Improved self-confidence and teamwork – Group activities during the workshop encouraged collaborative work and boosted students’ confidence in communication and idea sharing.

The workshop also received full support from teachers and the school administration, who regarded it as an effective approach to enriching the learning experience of PPKI students. Furthermore, it opened opportunities for the implementation of long-term projects in which students could continue practising composting techniques either at school or at home.

The Workshop on Transforming Mushroom Blocks into High-Quality Compost is a highly beneficial initiative in educating the younger generation about the importance of organic waste management and its impact on the environment. The programme not only provided both theoretical and practical exposure but also contributed to the development of essential life skills for PPKI students.

With more programmes like this, it is hoped that society will become increasingly aware of the importance of recycling practices and sustainable waste management. Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil has proven that through proper education, students can become agents of change in safeguarding the environment for future generations.

Ajil, 27 November 2024 – Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil menjadi saksi kepada satu inisiatif berimpak tinggi dalam usaha memupuk kesedaran pelajar mengenai kelestarian alam sekitar melalui Bengkel Transformasi Bongkah Cendawan Menjadi Kompos Berkualiti Tinggi. Bengkel ini telah disertai oleh seramai 50 orang pelajar dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan bertujuan untuk memberi pendedahan serta latihan praktikal tentang proses pembuatan kompos daripada bongkah cendawan terbuang. Bengkel ini mendapat dana dari Pusat Transformasi dan Strategik UMT melalui geran “Environmental and Sosial Sustainability Funds (ESSF).

Bengkel ini dianjurkan dengan objektif utama untuk mendedahkan pelajar kepada teori dan praktikal proses pembuatan kompos dari bongkah cendawan terbuang serta mendidik mereka tentang kepentingan penggunaan semula sisa organik dan penjagaan alam sekitar. Program ini seiring dengan usaha untuk memperkasakan golongan pelajar PPKI dengan kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian serta menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.

Bongkah cendawan yang telah digunakan dalam penanaman cendawan sering kali dianggap sebagai sisa buangan. Namun, dengan teknik dan pendekatan yang betul, bahan ini boleh ditukar menjadi baja kompos berkualiti tinggi yang kaya dengan nutrien. Selain mengurangkan sisa buangan, teknik ini juga dapat membantu dalam meningkatkan kesuburan tanah serta menggalakkan pertumbuhan tanaman secara organik. Bengkel ini dibahagikan kepada dua sesi utama iaitu sesi teori dan sesi praktikal. Dalam sesi teori, para pelajar diberikan penerangan mengenai konsep asas pengkomposan, jenis-jenis bahan organik yang sesuai digunakan, serta manfaat baja kompos dalam pertanian dan penjagaan alam sekitar. Mereka juga didedahkan kepada proses pereputan bahan organik oleh mikroorganisma serta faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti kompos seperti kelembapan dan suhu.

Bagi sesi praktikal, para pelajar diberikan peluang untuk menghancurkan bongkah cendawan terbuang dan mencampurkannya dengan gula merah sebagai ejen penapaian bagi memulakan proses pengkomposan. Setelah dua minggu, lawatan susulan dijalankan bagi melengkapkan proses pengkomposan dengan mencampurkan dengan tanah. Mereka turut diajar tentang teknik menyusun dan membalik kompos, cara mengekalkan kelembapan yang sesuai serta bagaimana mengenalpasti kompos yang telah matang dan sedia untuk digunakan.

Program ini memberi impak yang besar kepada para pelajar kerana ia bukan sahaja memberikan ilmu baharu tetapi juga membina kemahiran praktikal yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Antara manfaat utama bengkel ini kepada para pelajar termasuk:

  1. Pendedahan kepada ilmu pertanian hijau – Pelajar memahami bagaimana sisa buangan boleh dikitar semula menjadi sesuatu yang berguna bagi meningkatkan kesuburan tanah dan pertumbuhan tanaman.
  2. Pemerkasaan dalam aspek kemahiran hidup – Dengan mempelajari teknik pengkomposan, pelajar PPKI dapat mengasah kemahiran yang boleh dimanfaatkan untuk projek komuniti atau bahkan sebagai potensi menjana pendapatan kecil-kecilan.
  3. Kesedaran tentang kelestarian alam sekitar – Melalui pembelajaran secara langsung, pelajar lebih memahami kesan pembuangan sisa secara tidak terkawal dan kepentingan menguruskan sisa dengan cara yang lebih mesra alam.
  4. Meningkatkan keyakinan diri dan kerjasama – Aktiviti berkumpulan dalam bengkel ini menggalakkan pelajar untuk bekerja secara kolaboratif serta meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi dan menyumbang idea.

Bengkel ini turut mendapat sokongan penuh daripada guru-guru serta pihak sekolah yang melihatnya sebagai satu pendekatan yang berkesan dalam memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar PPKI. Selain itu, ia juga membuka ruang kepada kemungkinan pelaksanaan projek jangka panjang di mana pelajar boleh terus mengamalkan teknik pengkomposan di sekolah atau di rumah masing-masing.

Bengkel Transformasi Bongkah Cendawan Menjadi Kompos Berkualiti Tinggi merupakan satu inisiatif yang sangat bermanfaat dalam mendidik generasi muda mengenai kepentingan pengurusan sisa organik serta impaknya terhadap alam sekitar. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada aspek teori dan praktikal tetapi juga menyumbang kepada pembangunan kemahiran hidup yang berguna bagi pelajar PPKI.

Dengan adanya lebih banyak program seperti ini, diharapkan masyarakat akan semakin sedar tentang pentingnya amalan kitar semula dan pengurusan sisa secara lestari. Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil telah membuktikan bahawa melalui pendidikan yang betul, pelajar mampu menjadi agen perubahan dalam usaha menjaga alam sekitar bagi generasi yang akan datang.