PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

INSENTIF HARI LESTARI 2026 : UMT Launches Book Donation Campaign to Share Knowledge and Build a Better Future

UMT Launches Book Donation Campaign to Share Knowledge and Build a Better Future

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT), through an initiative by UMT Press in collaboration with the UMT Sustainability Management Centre, launched a book donation campaign themed “Share Knowledge, Share the Future.” The campaign was organised as part of UMT Sustainability Day in conjunction with the university’s 25th anniversary celebration.

The campaign was officially launched by the Vice-Chancellor of UMT, Prof. Ir. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, on 29 June 2026 during the UMT Monthly Assembly held at Dewan Sultan Mizan.

Also present to support the campaign was UMT Board Member Dato’ Haji Din bin Adam, who is also the Chairman of the Board of UMT Holdings. The campaign also received strong support from other principal officers of the university.

UMT continues to strengthen its role as a centre of knowledge by educating both the university community and the public to embrace sustainable practices. Through this campaign, old and unused books can be donated and given a new purpose by being distributed to libraries, schools and orphanages.

The campaign set a target of one staff member donating one book. If every UMT staff member contributed at least one book, more than 1,965 book titles could be collected by the end of the campaign on 15 July 2026. On the day of the launch alone, 253 books from various genres, including novels, motivational books, religious materials and children’s books, were successfully collected.

As an institution of higher learning, UMT carries a significant responsibility to continuously disseminate knowledge to the wider community. The role of a university is no longer limited to providing formal education to its students. Instead, it serves as an important platform for nurturing generations that value knowledge and are always willing to share it for the well-being of society.

“Books that have been left untouched on shelves or in cupboards at home can actually be put to good use by those in need. When we give a book to another person, it is as though we are giving them the gift of a brighter future, particularly for schoolchildren.”

The campaign began on 15 June and concluded on 15 July 2026. To facilitate the collection process, UMT Press placed donation boxes at several strategic locations across the campus:

  • Chancellery Building
  • Student Complex
  • Sultanah Nur Zahirah Library
  • Sultan Mahmud Islamic Centre

The collected books will be screened and selected before being distributed according to identified needs. The recipients will include libraries, residential colleges, schools and orphanages requiring new reading materials.

UMT Press’ Continuing CSR Commitment

Book donation activities are not new to UMT Press. They have become part of its annual initiatives in support of the university’s Corporate Social Responsibility agenda and its long-running promotional campaigns.

UMT Press has previously demonstrated its commitment through various book donation programmes, including:

  • Most recent contribution: A total of 529 books were donated to six schools under the administration of the Jasin District Office in Melaka.
  • Previous donation programmes: These involved schools under the Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Berang and Kuala Krai District Education Offices, as well as several national schools in the Jelebu District of Negeri Sembilan.

UMT Cultivates Sustainable Practices

The implementation of the book donation campaign was especially meaningful as it took place during the month of Muharram. In addition to cultivating a reading culture, the donations are expected to become a form of continuous charity, while contributing to the development of a knowledgeable and civilised society.

In his speech, the Vice-Chancellor also called upon all university responsibility centres and members of the UMT community to continue cultivating sustainable practices across the campus. Consistent sustainable practices not only help protect the environment but also contribute to the conservation of natural resources.

KUALA NERUS- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui inisiatif Penerbit UMT dengan kerjasama Pusat Pengurusan Lestari UMT melancarkan kempen derma buku. Kempen yang membawa tema “Kongsi Ilmu, Kongsi Masa Depan,” menjadi salah satu pengisian program sambutan Hari Lestari UMT sempena sambutan 25 tahun UMT. Kempen yang dilancarkan oleh Naib Canselor UMT,  Prof. Ir. Dr. Mohd Zamri Ibrahim pada 29 Jun 2026 sempena Program Perhimpunan Bulanan Warga UMT di Dewan Sultan Mizan.

Turut hadir memberikan sokongan kepada kempen derma buku ini ialah Ahli Lembaga Pengarah UMT, Dato’ Haji Din bin Adam yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah UMT Holdings. Kempen ini juga turut mendapat sokongan daripada Pegawai-pegawai Utama UMT yang lain.

UMT terus memperkasakan peranannya sebagai gedung ilmu dengan mendidik warga UMT dan juga komuniti untuk membudayakan amalan lestari dengan memanfaatkan buku-buku lama yang sudah tidak diperlukan didermakan kepada perpustakaan, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim. Kempen derma buku ini mensasarkan; 1 staf sumbang 1 buku, jika semua staf menderma satu buku, bermakna di akhir kempen pada 15 Julai sebanyak lebih 1,965 judul buku dapat dikumpulkan. Pada hari pelancaran, sebanyak 253 judul buku pelbagai medium seperti novel, motivasi, agama, kanak-kanak dan lain-lain berjaya dikumpulkan.

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, UMT memikul tanggungjawab besar untuk menyebarkan ilmu secara berterusan kepada komuniti luar. Peranan universiti kini tidak lagi terhad sebagai pusat pendidikan formal untuk pelajar sahaja. Sebaliknya, ia bertindak sebagai wahana penting dalam melahirkan generasi yang mencintai ilmu serta sentiasa bersedia berkongsi pengetahuan demi kesejahteraan masyarakat sejagat.

“Buku-buku yang terbiar sepi dalam rak atau almari di rumah kita, sebenarnya boleh dimanfaatkan kepada golongan yang memerlukan. Apabila kita menghadiahkan buku kepada orang lain, ia umpama kita menghadiahkan sebuah masa depan yang lebih cerah, terutamanya buat anak-anak sekolah.”

Kempen yang telah bermula pada 15 Jun lalu dan telah berakhir pada 15 Julai 2026. Bagi memudahkan urusan penyerahan, Penerbit UMT telah menyediakan kotak-kotak sumbangan di beberapa lokasi strategik sekitar kampus, iaitu:

  • Bangunan Canselori
  • Kompleks Siswa
  • Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ)
  • Pusat Islam Sultan Mahmud

Buku-buku yang dikumpulkan ini seterusnya akan ditapis, dipilih, dan diagihkan secara sasar kepada perpustakaan, kolej kediaman, sekolah-sekolah, serta rumah anak yatim yang memerlukan bahan bacaan segar.

Komitmen CSR Penerbit UMT yang Berterusan

Aktiviti menderma buku ini bukanlah sesuatu yang asing, malah ia merupakan aktiviti rutin tahunan yang dilaksanakan oleh Penerbit UMT sebagai sokongan padu terhadap agenda Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) universiti serta kempen promosi yang telah lama digerakkan.

Sebelum ini, Penerbit UMT telah membuktikan komitmennya menerusi pelbagai siri sumbangan:

  • Terbaharu: Sumbangan sebanyak 529 naskhah buku kepada enam buah sekolah di bawah naungan Pejabat Daerah Jasin, Melaka.
  • Siri Sumbangan Terdahulu: Melibatkan sekolah-sekolah di bawah PPD Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Berang, PPD Kuala Krai (Kelantan), serta beberapa sekolah kebangsaan di Daerah Jelebu (Negeri Sembilan).

UMT Membudaya Amalan Lestari

Pelaksanaan kempen derma buku ini dilihat menjadi lebih bermakna dan istimewa kerana ia berlangsung dalam bulan Muharam. Selain daripada menyuburkan budaya membaca, sumbangan ini diharapkan dapat dicatat sebagai amal jariah yang mengalir berterusan, sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat yang berilmu dan bertamadun.

Naib Canselor dalam ucapannya turut menyeru kepada Pusat Tanggungjawab lain dan seluruh warga UMT untuk terus membudayakan amalan Lestari di kampus UMT. Amalan Lestari yang berterusan bukan Sahaja dapat memelihara alam sekitar malah ia juga dapat menjimatkan sumber semula jadi.