AKUALESTARI: EKSPLORASI MARIN DAN HIDUPAN AKUATIK
By: Prof. Madya Dr. Nurul Ulfah binti Karim
The Program AkuaLestari: Eksplorasi Marin dan Hidupan Akuatik was successfully conducted on 5 February 2026 at Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam, Kuala Nerus, Terengganu. The programme was organised by the Institute of Tropical Aquaculture and Fisheries (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) in collaboration with the Malaysian Shellfish Society (MSS) as part of UMT’s University Social Responsibility (USR) initiative under the Environmental and Social Sustainability Funds (ESSF). These programme was lead by Associate Professor Dr. Nurul Ulfah Karim from Institue of Tropical Aquaculture and Fisheries (AKUATROP) together with Ts. Dr. Siti Tafzilmeriam Sheikh Abdul Kadir from Institute of Oceanography and Environment (INOS) and Chm Nur Zuhrah Hassan from Institue of Tropical Aquaculture and Fisheries (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu.
The programme involved 24 primary school students and 2 accompanying teachers and aimed to enhance awareness and understanding of marine and aquatic biodiversity, its role in sustaining ecosystem balance, and the importance of ocean health in ensuring food safety and quality. The initiative directly supports Sustainable Development Goal (SDG) 14: Life Below Water by promoting marine and aquatic life biodiversity conservation, sustainable use of marine and aquatic resources, and environmental awareness among young learners.
Programme activities included two educational talks, “Ocean Planet: Another World Beneath the Surface” and “Blue Planet, Dirty Plate?”, delivered by subject matter experts. Students also participated in four interactive group activities, namely Discover Aquatic Life, Crack the Code: Aquatic Ecosystems, Green Innovation for a Blue Planet, and Seashells: Resin Art, designed to encourage experiential learning, teamwork, communication, and problem-solving skills.
One of the interactive activities, AkuaLestari: Terokaan Hidupan Akuatik, is a copyrighted work registered under the Copyright Act 1987 (Act 332) (Notification No. CRDV2025C12653), owned by Universiti Malaysia Terengganu (UMT), with Associate Professor Dr. Nurul Ulfah Karim, Ts. Dr. Siti Tafzilmeriam binti Sheikh Abdul Kadir, and ChM. Nurzuhrah binti Hassan as authors.
The programme was officiated by Associate Professor ChM. Dr. Chia Poh Wai, Head of the Centre for Sustainable Management, Office of Transformation, Strategic Planning and Risk (TSR), UMT. Overall, the programme strengthened university–community collaboration and promoted sustainability education aligned with the Sustainable Development Goals (SDGs).
Program AkuaLestari: Eksplorasi Marin dan Hidupan Akuatik telah berjaya dilaksanakan pada 5 Februari 2026 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam, Kuala Nerus, Terengganu. Program ini dianjurkan oleh Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Persatuan Kerang-Kerangan Malaysia (MSS) sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) UMT di bawah Dana Kelestarian Alam Sekitar dan Sosial (ESSF). Program ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nurul Ulfah Karim dari Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) bersama Ts. Dr. Siti Tafzilmeriam Sheikh Abdul Kadir dari Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) serta ChM Nur Zuhrah Hassan dari Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu.
Program ini melibatkan seramai 24 orang murid sekolah rendah dan dua orang guru pengiring serta bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang biodiversiti marin dan akuatik, peranannya dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem, serta kepentingan kesihatan lautan dalam menjamin keselamatan dan kualiti makanan. Inisiatif ini secara langsung menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 14: Hidupan di Bawah Air dengan mempromosikan pemuliharaan biodiversiti hidupan marin dan akuatik, penggunaan lestari sumber marin dan akuatik, serta meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar muda.
Aktiviti program merangkumi dua ceramah pendidikan iaitu “Ocean Planet: Another World Beneath the Surface” dan “Blue Planet, Dirty Plate?” yang disampaikan oleh pakar dalam bidang berkaitan. Para pelajar turut menyertai empat aktiviti berkumpulan secara interaktif iaitu Discover Aquatic Life, Crack the Code: Aquatic Ecosystems, Green Innovation for a Blue Planet dan Seashells: Resin Art yang direka bagi menggalakkan pembelajaran berasaskan pengalaman, semangat kerja berpasukan, komunikasi serta kemahiran penyelesaian masalah.
Salah satu aktiviti interaktif, AkuaLestari: Terokaan Hidupan Akuatik, merupakan karya berhak cipta yang didaftarkan di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332) (No. Pemberitahuan CRDV2025C12653) dan dimiliki oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan Prof. Madya Dr. Nurul Ulfah Karim, Ts. Dr. Siti Tafzilmeriam binti Sheikh Abdul Kadir dan ChM Nurzuhrah binti Hassan sebagai para penulis.
Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya ChM. Dr. Chia Poh Wai, Ketua Pusat Pengurusan Lestari, Pejabat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko (TSR), UMT. Secara keseluruhannya, program ini berjaya memperkukuh kolaborasi antara universiti dan komuniti serta mempromosikan pendidikan kelestarian yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).