PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

ESSF 2024: Birds of Terengganu Workshop Inspires Conservation Efforts 

 

Terengganu, Malaysia – 16 November 2024 – The “Birds of Terengganu: A Day of Discovery and Conservation” workshop, held at HoSZA-UniSZA, Gong Badak campus, brought together bird enthusiasts and conservationists for a day of learning and engagement. Organised by RIG Sustainability and Community under the Centre for Fundamental and Continuing Education (PPAL) and co-hosted by UniSZA and the Malaysian Nature Society (MNS) Terengganu branch, the event attracted 31 participants, including students, staff, and MNS members.

Despite a rainy start, the weather cleared up just in time for the birdwatching session, facilitated by renowned birdwatching expert Anuar McAfee. Participants, many of whom were new to birdwatching, were introduced to bird identification techniques and tools. The field session was a success, with 31 bird species recorded, including the Chestnut-headed Bee-eater, Pacific Golden Plover, and Brahminy Kite.

Following the birdwatching session, participants engaged in a discussion to share their observations and experiences. They also received training on using eBird, an online platform for recording bird sightings, emphasising the importance of citizen science in conservation efforts.

The afternoon session featured a lecture by Anuar McAfee on bird conservation. He shared his extensive experience, including a notable project on rehabilitating a Helmeted Hornbill nest in Kenyir State Park. McAfee highlighted the critical role of conservation practitioners and the challenges faced in protecting Malaysia’s unique bird species.

The workshop concluded with participants gaining new skills, a deeper understanding of bird conservation, and a sense of responsibility for protecting Terengganu’s avifauna. The event aligned with Sustainable Development Goal 15—Life on Land, promoting local wildlife preservation.

Feedback from participants was overwhelmingly positive, with many expressing their appreciation for the opportunity to learn from experts and engage in meaningful conservation activities. The organisers plan to build on this success by holding similar events in the future, aiming to foster a culture of conservation and community involvement.

The organising committee made the workshop possible through meticulous planning and funding from the Environmental and Social Sustainability Grant (ESSG) administered by Pusat Pengurusan Lestari, UMT.

 

Prepared by

Wong Chee Ho

Terengganu, Malaysia – 16 November 2024 – Bengkel “Birds of Terengganu: A Day of Discovery and Conservation” yang diadakan di HoSZA-UniSZA, kampus Gong Badak, telah menghimpunkan para peminat burung dan ahli konservasi untuk satu hari penuh pembelajaran dan penglibatan. Program ini dianjurkan oleh RIG Sustainability and Community di bawah Pusat Pengajian Asas dan Lanjutan (PPAL) dengan kerjasama UniSZA dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) cawangan Terengganu. Seramai 31 peserta telah mengambil bahagian termasuk pelajar, staf, dan ahli MNS.

Walaupun permulaan program disambut dengan hujan, cuaca kembali cerah tepat pada masanya untuk sesi birdwatching yang dikendalikan oleh pakar pemerhati burung terkenal, Anuar McAfee. Para peserta, sebahagian besarnya merupakan individu baharu dalam aktiviti pemerhatian burung, telah didedahkan kepada teknik serta alat pengecaman burung. Sesi lapangan ini berjaya mencatatkan 31 spesies burung termasuk Chestnut-headed Bee-eater, Pacific Golden Plover, dan Brahminy Kite.

Selepas sesi pemerhatian, peserta terlibat dalam perbincangan bagi berkongsi pemerhatian serta pengalaman mereka. Mereka turut menerima latihan menggunakan eBird, sebuah platform dalam talian untuk merekodkan pemerhatian burung, dengan penekanan terhadap kepentingan citizen science dalam usaha pemuliharaan.

Pada sebelah petang, satu syarahan mengenai pemuliharaan burung telah disampaikan oleh Anuar McAfee. Beliau berkongsi pengalaman luasnya termasuk projek penting berkaitan pemulihan sarang Helmeted Hornbill di Taman Negeri Kenyir. McAfee menekankan peranan penting pengamal konservasi serta cabaran yang dihadapi dalam melindungi spesies burung unik di Malaysia.

Bengkel ini berakhir dengan peserta memperoleh kemahiran baharu, pemahaman yang lebih mendalam mengenai pemuliharaan burung, serta rasa tanggungjawab dalam melindungi avifauna Terengganu. Program ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 15 – Kehidupan di Daratan, yang menggalakkan pemeliharaan hidupan liar tempatan.

Maklum balas daripada peserta sangat positif, dengan ramai yang menyatakan penghargaan atas peluang untuk belajar daripada pakar serta terlibat dalam aktiviti pemuliharaan yang bermakna. Pihak penganjur merancang untuk meneruskan kejayaan ini dengan menganjurkan program seumpamanya pada masa hadapan bagi memupuk budaya konservasi dan penglibatan komuniti.

Penganjuran bengkel ini telah direalisasikan melalui perancangan teliti serta pembiayaan daripada Geran Kelestarian Alam Sekitar dan Sosial (ESSG) yang diuruskan oleh Pusat Pengurusan Lestari, UMT.

 

Disediakan oleh
 Wong Chee Ho