PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

ESSF 2024: “Explore The Majestic Mangrove”

Setiu, 2 October 2024 – The Setiu Wetland School, Terengganu became an outdoor learning hub for about 50 primary and secondary school students in the Knowledge Exploration Program: “SMALL hands, GIANT impact for Climate Change: Explore the Majestic Mangroves” organized by Universiti Malaysia Terengganu (UMT) at the Setiu Wetland School. The program involved students from five schools around Kuala Terengganu, namely Sekolah Kebangsaan Bari (Sungai Tong), Sekolah Kebangsaan Pechah Rotan, Sekolah Kebangsaan IPG KDRI, Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, and Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot.

Guided by a team of lecturers from various fields of expertise at Universiti Malaysia Terengganu (UMT), including Project Leader Dr. Tengku Fara Kamilia Tengku Mohd Kamil, Associate Professor Dr. Azza Jauhar, Dr. Izan Jaafar, and Ms. Suria Hani Ibrahim, the program was conducted in collaboration with the NGO Ecoswed Initiative and Akademi Cikgu Alam Setiu Wetland. Funding for this project was channeled through UMT’s Office of Transformation, Strategic Planning and Risk, with full support from UMT’s Sustainable Management Centre, under a grant for the year 2024 to 2025.

The main objective of the program was to educate students on the importance of sustaining mangrove forest ecosystems in combating global climate change, while also empowering the use of English among primary and secondary school students. The activities were designed to instill love and responsibility for the environment while strengthening English language skills in real-life contexts.

Students took part in various engaging activities such as nursery transfer, where they learned to plant mangrove seedlings as a conservation effort, and clam hunting in the mangrove forest, which gave them the opportunity to better understand the role of this ecosystem as a natural coastal buffer.

According to Project Leader Dr. Tengku Fara Kamilia, “This Knowledge Exploration program offers students a unique learning experience. Alongside gaining knowledge on environmental sustainability, they also get the chance to improve their English skills in a more interactive and enjoyable setting. This effort aligns with Sustainable Development Goal (SDG) 13 – Climate Action. Through environmental education, we can nurture the younger generation to be more aware of climate change issues and the vital role of ecosystems such as mangroves in reducing its impacts.”

The students showed great interest throughout the program, with many enthusiastically practicing English outside the classroom while exploring nature. This program not only enhanced their awareness of environmental sustainability but also boosted their confidence in communicating in English.

The Knowledge Exploration: Explore the Majestic Mangrove program is expected to continue as an annual initiative to foster environmental awareness and promote more interactive English learning. With the support of Ecoswed Initiative and other partners, UMT remains committed to educating the younger generation to become knowledgeable and responsible stewards of the environment.

Article written by:
Dr. Izan Dato’ Haji Jaafar and Dr. Tengku Fara Kamilia

Setiu, 2 Oktober 2024 – Wetland School of Setiu, Terengganu menjadi pusat pembelajaran luar bilik darjah bagi lebih kurang 50 pelajar sekolah rendah dan menengah dalam Program Kembara Ilmu: SMALL hands, GIANT impact for Climate Change: Explore the Majestic Mangroves” yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bertempat di di Wetland School of Setiu. Program ini melibatkan penyertaan pelajar dari lima sekolah sekitar Kuala Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan Bari (Sungai Tong), Sekolah Kebangsaan Pechah Rotan, Sekolah Kebangsaan IPG KDRI, Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot..

Dengan bimbingan gabungan pensyarah-pensyarah daripada pelbagai bidang kepakaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), termasuk Ketua Projek Dr. Tengku Fara Kamilia Tengku Mohd Kamil, Prof. Madya Dr. Azza Jauhar, Dr. Izan Jaafar, dan Cik Suria Hani Ibrahim, program ini berlangsung dengan kerjasama NGO Ecoswed Initiative dan Akademi Cikgu Alam Setiu Wetland. Peruntukan bagi projek ini disalurkan melalui Pejabat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko UMT dengan sokongan penuh Pusat Pengurusan Lestari UMT, geran bagi tahun 2024 hingga 2025.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendidikan kepada para pelajar tentang kepentingan kelestarian ekosistem hutan paya bakau di dalam memerangi perubahan iklim dunia dan memperkasakan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan menanam rasa cinta dan tanggungjawab terhadap alam sekitar sambil mengukuhkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam konteks kehidupan sebenar.

Pelajar terlibat dalam pelbagai aktiviti menarik seperti pemindahan nurseri di mana mereka belajar menanam anak pokok bakau sebagai usaha pemuliharaan alam sekitar, dan aktiviti mencari lokan di hutan paya bakau yang memberi peluang kepada pelajar untuk lebih memahami kepentingan ekosistem ini sebagai penampan semula jadi pantai.

Menurut Dr. Tengku Fara Kamilia, ketua projek program ini, “Kembara Ilmu ini memberi pengalaman pembelajaran yang unik kepada para pelajar. Di samping memperoleh ilmu tentang kelestarian alam, mereka juga berpeluang meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris dalam suasana yang lebih interaktif dan menyeronokkan. Usaha ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 13 – Climate Action. Menerusi pendidikan alam sekitar, kita dapat mendidik generasi muda untuk lebih peka terhadap isu perubahan iklim dan kepentingan ekosistem seperti hutan paya bakau dalam mengurangkan kesan perubahan iklim.”

Pelajar-pelajar menunjukkan minat yang mendalam sepanjang program ini, dengan ramai yang bersemangat untuk mempraktikkan Bahasa Inggeris di luar kelas, iaitu semasa meneroka alam sekitar. Program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran mereka terhadap kelestarian alam tetapi juga menambah keyakinan mereka dalam berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris.

Program Kembara Ilmu: Explore the Majestic Mangrove ini diharapkan dapat diteruskan sebagai program tahunan untuk menyemai kesedaran terhadap alam sekitar dan mempromosikan pembelajaran Bahasa Inggeris yang lebih interaktif. Dengan sokongan NGO Ecoswed Initiative serta pihak-pihak lain, UMT terus komited dalam mendidik generasi muda untuk menjadi penjaga alam sekitar yang berilmu dan bertanggungjawab.

Artikel ditulis oleh:

Dr. Izan Dato’ Haji Jaafar dan Dr. Tengku Fara Kamilia