PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

ESSF 2024: Empowering the Pulau Redang Community to Enhance Ocean Literacy Through Action

Pulau Redang, 4 October 2024 – Redang Island, a famous destination on the east coast of Peninsular Malaysia, is renowned for its white sandy beaches, crystal-clear waters, and rich marine life. Its natural beauty makes it a preferred destination for diving, snorkeling, and picnicking. Beyond its scenic charm, the community of Redang Island also plays a vital role in maintaining environmental sustainability while supporting marine conservation efforts for the well-being of future generations.

As part of the effort to raise community awareness on the importance of environmental conservation, the program “Empowering the Redang Island Community to Enhance Ocean Literacy through Action” was held on 4 October 2024 at the Redang Island Community Hall. The aim was to strengthen the knowledge and skills of the local community in various aspects of environmental preservation. The program also gave participants the opportunity to increase awareness about marine ecosystems while providing training related to recycling activities, simultaneously opening opportunities for additional income through newly acquired skills.

This program was the result of a strategic collaboration and initiative by the Research Interest Group (RIG) Language and Communication Skills (LComS), funded under the Environmental and Social Sustainability Fund (ESSF) project led by Dr. Nurul Hidayah Mat (Centre for Fundamental and Continuing Education). Other researchers involved included Dr. Radhiah Ismail (Centre for Fundamental and Continuing Education), Dr. Munira Abd. Rashid (Faculty of Business, Economics and Social Development), and Dr. Afiq Durrani Mohd Fahmi (Faculty of Marine Science and Environment).

Three main communities were actively involved: the residents of Redang Island, Redang Island school students, and the Malaysia Sustainable Ocean Organization (a non-governmental organization, NGO). A total of 20 participants took part in various engaging activities throughout the program. Using an interactive, community-based approach, activities included a documentary screening that highlighted the importance of marine life conservation, demonstrations of plastic recycling (upcycling) machines showing the application of technology in waste management, and practical sessions using the PULP machine, which enabled participants to create creative products such as keychains, flowerpots, and coasters from recycled materials.

Pre- and post-program surveys revealed a significant increase in participants’ awareness of marine life conservation and the importance of plastic waste management through recycling. Participants also expressed greater confidence in using technologies such as the PULP machine to produce products with the potential to generate additional income. Despite challenges related to logistics and time management, the close cooperation between organizers and the active participation of all parties ensured the smooth execution of the program.

Overall, the program not only succeeded in delivering new knowledge related to marine conservation but also strengthened the community’s role in protecting the local ecosystem through practical and innovative approaches. The experience suggests that future initiatives could expand the scope of activities by adding more interactive sessions, incorporating digital technologies, and involving more communities and stakeholders to ensure the continuity of conservation efforts. The “Empowering the Redang Island Community” program is hoped to serve as an effective model for improving ocean literacy and fostering a generation that is more responsible towards the environment for a sustainable future.

Pulau Redang, 4 October 2024 – Pulau Redang, destinasi terkenal di pantai timur Semenanjung Malaysia, dikenali dengan pantai putih, air laut jernih dan kehidupan marin yang kaya. Keindahan alam semula jadi ini menjadikan Pulau Redang sebagai destinasi pilihan untuk aktiviti menyelam, snorkeling dan berkelah. Selain daripada keindahan alamnya, komuniti di Pulau Redang turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar sekaligus menyokong usaha pemuliharaan sumber marin demi kesejahteraan generasi akan datang.

Sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran komuniti Pulau Redang terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar, program “Memperkasa Komuniti Pulau Redang Bagi Meningkatkan Literasi Lautan Melalui Tindakan” telah diadakan pada 4 Oktober 2024 di Dewan Balairaya Pulau Redang bertujuan memperkasakan pengetahuan dan kemahiran komuniti dalam pelbagai aspek pemeliharaan alam sekitar. Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kesedaran tentang ekosistem marin serta menyediakan latihan yang berkaitan dengan aktiviti kitar semula, sekaligus membuka peluang untuk pendapatan tambahan melalui kemahiran baru yang diperoleh.

Program ini merupakan hasil kerjasama strategik dan inisiatif Research Interest Group (RIG) Language and Communication Skills (LComS) dengan pembiayaan daripada projek Environmental and Social Sustainability Fund (ESSF) yang diketuai oleh Dr. Nurul Hidayah Mat (Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan). Penyelidik-penyelidik lain yang terlibat ialah Dr. Radhiah Ismail (Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan), Dr. Munira Abd. Rashid (Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial), dan Dr. Afiq Durrani Mohd Fahmi (Fakulti Sains dan Alam Sekitaran Marin).

Tiga komuniti utama iaitu penduduk Pulau Redang, pelajar sekolah Pulau Redang dan Pertubuhan Lautan Mampan Malaysia (sebuah badan bukan kerajaan, NGO) telah terlibat secara aktif dalam menjayakan program ini. Seramai 20 peserta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung. Dengan pendekatan interaktif yang berlandaskan tindakan komuniti, aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk tayangan dokumentari yang memberi pendedahan mendalam tentang kepentingan menjaga hidupan laut, demonstrasi penggunaan mesin kitar semula plastik (upcycling) yang menunjukkan aplikasi teknologi dalam pengurusan sisa, serta aktiviti praktikal menggunakan mesin PULP yang memberi peluang kepada peserta untuk mencipta produk kreatif seperti rantai kunci, pasu bunga dan pelapik air daripada bahan kitar semula.

Soal selidik pra dan pasca program mendapati terdapat peningkatan ketara dalam tahap kesedaran peserta terhadap pemuliharaan hidupan laut serta kepentingan pengurusan sisa plastik melalui kitar semula. Peserta lebih yakin untuk menggunakan teknologi seperti mesin PULP dalam menghasilkan produk yang berpotensi menjadi sumber pendapatan tambahan. Walaupun terdapat cabaran berkaitan penyediaan logistik dan pengurusan masa, kerjasama erat antara penganjur dan penyertaan aktif semua pihak telah memastikan kelancaran pelaksanaan program.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja berjaya menyampaikan maklumat baharu berkaitan pemuliharaan alam marin, malah turut memperkukuh peranan komuniti dalam menjaga ekosistem setempat melalui pendekatan yang praktikal dan inovatif. Pengalaman yang diperoleh mencadangkan agar untuk inisiatif akan datang, skop aktiviti dapat diperluaskan dengan penambahan sesi interaktif dan penggunaan teknologi digital, serta penglibatan lebih banyak komuniti dan kerjasama dengan pihak berkepentingan lain untuk memastikan kesinambungan usaha pemuliharaan. Program “Memperkasa Komuniti Pulau Redang” diharapkan menjadi model yang berkesan dalam usaha meningkatkan literasi lautan dan membentuk generasi yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar demi masa depan yang lestari.