PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

ESSF 2024: Planting Vegetables through Hydroponics Using Recycled Containers: Preserving Environmental Sustainability, Cultivating Green Together

Kuala Nerus, 24 September 2024 – “Bend the bamboo while it is still a shoot.” This Malay proverb means that educating children should begin from a young age. Guided by this wisdom, lecturers from the field of Agrotechnology at the Faculty of Fisheries and Food Science, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), led by Dr. Norhidayah Che Soh, took the initiative to involve students from Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Bestari Zainal Abidin 2 and 4 as well as members of the Persatuan Warga Emas (PAWE) Kuala Nerus in a project titled “Hydroponic Vegetable Cultivation Using Recycled Containers: Preserving Sustainability, Sowing Greenness Together.” The program was funded by the Environmental and Social Sustainability Fund (ESSF) with a grant of RM2000.

The program aimed to expose students to vegetable cultivation activities using recycled plastic containers. Through this initiative, participants were taught simple methods of planting vegetables by reusing discarded plastic drink bottles. The program was held on 24 September 2024, involving 65 PASTI students and 13 PAWE members. It began with a hands-on session demonstrating how to prepare plastic bottles as planting containers. Participants were divided into groups consisting of PAWE members and PASTI students. Facilitators, comprising seven UMT lecturers, guided each group in setting up their mini hydroponic system and planting vegetable seedlings. Regular care, such as adding nutrient solution, was carried out as needed by the PASTI teachers and students. The harvested vegetables were later used by PASTI in preparing meals for the students.

This program fostered collaboration between students and PAWE members, encouraging the younger participants to learn teamwork, interact with different generations, and respect the elderly. Moreover, it raised awareness among students about the importance of protecting the environment through the reuse of materials, helping them cultivate sustainable lifestyles in the future. PAWE members also benefited by learning simple and practical hydroponic techniques, enabling them to practice home gardening, generate their own food, and reduce living costs. By promoting the reuse of plastic bottles as planting containers, the program contributed to reducing plastic waste in the community while instilling awareness of the importance of green practices.

The initiative demonstrates that universities are not merely academic centers, but also vital institutions in community development and environmental sustainability. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) is increasingly recognized as an institution active in community-oriented research and environmental stewardship, supporting the university’s efforts to achieve the Sustainable Development Goals (SDGs), particularly in sustainable agriculture and plastic waste reduction.

 

Kuala Nerus, 24 September 2024 –Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Pepatah melayu ini bermaksud mendidik anak-anak biarlah bermula sejak dari kecil. Mengambil pedoman daripada pepatah melayu tersebut, pensyarah bidang agroteknologi Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu yang diketuai oleh Dr. Norhidayah Che Soh telah mengorak langkah dengan melibatkan pelajar-pelajar dari Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Bestari Zainal Abidin 2 dan 4 serta ahli Persatuan Warga Emas (PAWE) Kuala Nerus dalam projek yang bertajuk “Penanaman sayuran secara hidroponik menggunakan bekas terpakai: Memelihara Kelestarian Alam, Menyemai Kehijauan Bersama”. Program ini telah biayai oleh Skim Geran Penyelidikan Environmental and Social Sustainability Fund (ESSF) sebanyak RM2000.

Program ini bertujuan bagi mendedahkan para pelajar tentang aktiviti penanaman sayur-sayuran dengan menggunakan bekas plastik terpakai. Melalui program ini, semua peserta diajar cara menanam sayuran secara mudah menggunakan bahan yang terpakai iaitu botol minuman plastik yang banyak dibuang sebagai sampah. Program ini telah diadakan pada 24 September 2024 melibatkan seramai 65 orang pelajar PASTI dan 13 orang ahli Persatuan Warga Emas (PAWE) Kuala Nerus.Program ini dimulakan dengan menunjukkan kepada para peserta kaedah menyediakan botol minuman plastik untuk dijadikan sebagai bekas tanamanmelalui kaedah ‘hands on’. Peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada ahli PAWE dan pelajar PASTI. Fasilitator yang terdiri daripada 7 orang pensyarah UMT membimbing setiap kumpulan dalam menyiapkan set mini hidroponik masing- masing dan menanam anak pokok sayuran. Penjagaan berkala iaitu aktiviti menambah air baja dilakukan apabila perlu oleh cikgu dan pelajar PASTI. Hasil penanaman sayuran tersebut dituai dan digunakan oleh pihak PASTI dalam menyediakan hidangan kepada pelajar.

Melalui program ini, penglibatan pelajar dalam kumpulan bersama ahli PAWE mendorong mereka untuk belajar bekerjasama, berinteraksi dengan generasi berbeza, serta menghormati orang yang lebih tua. Selain itu, program ini mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui penggunaan semula bahan terpakai, yang boleh membentuk gaya hidup lestari mereka di masa hadapan. Ahli PAWE juga mendapat manfaat daripada pembelajaran teknik hidroponik yang mudah dan praktikal, membolehkan mereka mengamalkan penanaman sendiri di rumah. Ini dapat membantu dalam penjanaan makanan sendiri dan mengurangkan kos sara hidup. Dengan menggalakkan penggunaan semula botol plastik sebagai bekas tanaman, program ini membantu mengurangkan sisa plastik dalam komuniti dan memupuk kesedaran tentang kepentingan amalan hijau. Program ini menunjukkan bahawa universiti bukan sekadar pusat akademik, tetapi juga institusi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan komuniti dan kelestarian alam. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan lebih dikenali sebagai institusi yang aktif dalam penyelidikan berorientasikan komuniti dan pemeliharaan alam sekitar seterusnya menyokong usaha universiti dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), terutamanya dalam bidang pertanian mampan dan pengurangan sisa plastik.