PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

ESSF 2025 : :Soft Skills Education for Students of Skills Colleges in Terengganu

SOFT SKILL EDUCATION FOR STUDENTS OS SKILL COLLEGES IN TERENGGANU

 

By: Dr. Wan Ainul Asyiqin binti Wan Mohd Razali

In an effort to strengthen employability and holistic development among TVET students, Dr. Wan Ainul Asyiqin binti Wan Mohd Razali and her team from the Faculty of Business, Economics and Social Development (FBESD) successfully organized the Bengkel Kemahiran Insaniah 2025 on 22 and 23 October 2025, held at the Seminar Room, Faculty of Business, Economics and Social Development, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

This initiative is in line with the Sustainable Development Goals (SDG), particularly SDG 4 (Quality Education), which aims to ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all.

Through this program, 50 students representing TESDEC College, Inforana College, and Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu participated in a series of interactive and practical sessions designed to enhance their communication, teamwork, problem-solving, and critical thinking skills—core soft skills highly demanded by today’s industries.

UMT, through this program, continues to play a proactive role in supporting the national TVET agenda by nurturing competent, ethical, and future-ready graduates who can contribute effectively to sustainable industrial growth..

 

Dalam usaha memperkukuh kebolehpasaran kerja dan pembangunan holistik dalam kalangan pelajar TVET, Dr. Wan Ainul Asyiqin binti Wan Mohd Razali bersama pasukannya daripada Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) telah berjaya menganjurkan Bengkel Kemahiran Insaniah 2025 pada 22 dan 23 Oktober 2025, bertempat di Bilik Seminar, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Inisiatif ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) yang bertujuan memastikan pendidikan yang inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.

Meneusi program ini, seramai 50 pelajar yang mewakili Kolej TESDEC, Kolej Inforana, dan Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu telah menyertai siri sesi interaktif dan praktikal yang direka untuk memperkukuh kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, dan pemikiran kritikal — kemahiran insaniah teras yang amat diperlukan oleh industri masa kini.

UMT melalui program ini terus memainkan peranan proaktif dalam menyokong agenda TVET nasional dengan melahirkan graduan yang berkompeten, beretika, dan bersedia menghadapi masa depan, serta mampu menyumbang secara berkesan kepada pembangunan industri yang mampan.