WATER AUDITING: EDUCATING FOR SUSTAINABILITY
By: Dr Noor Afzalina Mohamad
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) has introduced the program “Pengauditan Air: Mendidik Demi Kelestarian” to 200 students from three schools in Terengganu, namely Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, and Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Wataniah. The program was successfully carried out on 26 August, 1 September, and 2 September 2025, with the collaboration of the Faculty of Business, Economics and Social Development and Pusat Pengurusan Lestari, led by Dr. Noor Afzalina Mohamad and assisted by three UMT lecturers. The program is in line with the demands of Sustainable Development Goals (SDG) 6 (Clean water and Sanitation) and SDG 13 (Climate Change).
The program content included a lecture on the importance of water resources, demonstrations of water filters, and how to test water quality in the first sharing session. In the second session, students were introduced to basic techniques of auditing school water resources using accounting principles. Students also recorded water usage in a mini audit report and conducted field surveys in school toilets, canteens, prayer rooms, and other areas where water was used intensively. They checked equipment such as pipes, hoses, and sinks to detect leaks and recorded them so the school could take follow-up actions.
The program demonstrates UMT’s commitment to providing school students with opportunities to gain practical field-based learning experiences, while also integrating environmental education with accounting knowledge.
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah memperkenalkan Program “Pengauditan Air: Mendidik Demi Kelestarian” kepada 200 pelajar di tiga buah sekolah di negeri Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, dan Sekolah Menengah Kebangasaan (Agama) Wataniah. Program tersebut telah berjaya dilaksanakan pada 26 Ogos, 1 September dan 2 September 2025 yang lalu dengan kerjasama Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial serta Pusat Pengurusan Lestari yang diketuai oleh Dr Noor Afzalina Mohamad dan dibantu oleh tiga pensyarah UMT. Program ini selaras dengan tuntutan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu SDG 6 (Air Bersih dan Sanitasi) dan SDG 13 (Perubahan Iklim).
Pengisisan program merangkumi aktiviti ceramah mengenai kepentingan sumber air, demonstrasi penapis air dan cara menguji kualiti air pada sesi perkongsian pertama. Pada sesi perkongsian kedua, program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik asas pengauditan sumber air sekolah menggunakan prinsip perakaunan. Pelajar turut merekod penggunaan air di dalam mini laporan audit dan membuat tinjauan lapangan ke tandas sekolah, kantin, surau atau lokasi di mana air digunakan secara intensif di dalam kawasan sekolah. Ini bagi memeriksa peralatan seperti paip, hos dan sink di kawasan sekolah dan merekod kebocoran air supaya dapat memaklumkan kepada pihak sekolah bagi tujuan penyelenggaraan.
Program ini menunjukkan UMT komited dalam memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk merasai pengalaman pembelajaran secara praktikal di lapangan, selain menggabungkan pendidikan alam sekitar dengan ilmu perakaunan.