PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Kenali ESG 2026 Programme Strengthens Sustainability Awareness Among East Coast SMEs

Kenali ESG 2026 Programme Strengthens Sustainability Awareness Among East Coast SMEs

KUALA TERENGGANU, 2 November 2026 – The Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI), in collaboration with its agencies, including SIRIM and the Malaysian Investment Development Authority (MIDA), and strategic partner Universiti Malaysia Terengganu (UMT), organised the Kenali ESG 2026 Programme at Hotel Raia, Kuala Terengganu.

The programme was a strategic initiative aimed at raising awareness and enhancing understanding of Environmental, Social and Governance (ESG) principles, particularly among small and medium enterprises (SMEs) in Malaysia’s East Coast region.

The programme brought together SME representatives from various business sectors across the East Coast to gain insights into the importance of adopting ESG practices in business operations and sustainability reporting. It also provided participants with an opportunity to better understand evolving industry requirements, which increasingly emphasise sustainability, regulatory compliance and good governance.

Throughout the programme, participants were introduced to the latest ESG policy directions in Malaysia and their implications for domestic and international markets. The programme also highlighted export opportunities, access to ESG financing and sustainability reporting approaches that SMEs could adopt according to their organisational needs and capabilities.

Through knowledge-sharing sessions and insights provided by MITI and its relevant agencies, participants gained valuable information to help prepare their businesses for changes in the global economic landscape, where sustainable and responsible business practices are receiving increasing attention.

UMT’s involvement as a strategic partner in organising the programme reflects the university’s commitment to strengthening collaboration between higher education institutions, government agencies and industry stakeholders in advancing the sustainability agenda, particularly in the East Coast region.

This collaboration also aligns with UMT’s aspiration to expand its role as a catalyst for sustainable development through expertise sharing, knowledge transfer and active engagement with industry and local communities.

The Kenali ESG 2026 Programme is expected to serve as an effective platform for encouraging more SMEs, particularly smaller enterprises, to progressively integrate ESG principles into their business management and operations.

Overall, the programme demonstrates the strategic synergy between MITI, its agencies and UMT in strengthening a more competitive, inclusive and sustainable business ecosystem, while supporting Malaysia’s aspirations for economic development that prioritises environmental responsibility, social well-being and good governance.

 

Program Kenali ESG 2026 Perkukuh Kesedaran Kelestarian Dalam Kalangan PKS Pantai Timur

KUALA TERENGGANU, 2 November 2026 – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dengan kerjasama agensi di bawah kementeriannya, termasuk SIRIM dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), serta rakan strategik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), telah menganjurkan Program Kenali ESG 2026 bertempat di Hotel Raia, Kuala Terengganu.

Program ini merupakan inisiatif strategik bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social and Governance – ESG), khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di wilayah Pantai Timur.

Penganjuran program ini telah menghimpunkan wakil-wakil PKS dari Pantai Timur yang terdiri daripada pelbagai sektor perniagaan bagi mendapatkan pendedahan mengenai kepentingan pelaksanaan amalan ESG dalam operasi perniagaan serta pelaporan kemampanan. Inisiatif ini turut membuka ruang kepada peserta untuk memahami keperluan semasa industri yang semakin menitikberatkan aspek kelestarian, pematuhan dan tadbir urus yang baik.

Sepanjang program berlangsung, para peserta diberikan pendedahan berkaitan hala tuju dasar ESG terkini di Malaysia serta implikasinya terhadap pasaran tempatan dan antarabangsa. Selain itu, program ini turut mengetengahkan peluang eksport, akses kepada pembiayaan ESG dan pendekatan pelaporan kemampanan yang boleh diaplikasikan oleh PKS mengikut kesesuaian serta kemampuan organisasi masing-masing.

Melalui perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pihak MITI serta agensi berkaitan, para peserta berpeluang memperoleh maklumat yang relevan dalam mempersiapkan perniagaan mereka untuk menghadapi perubahan landskap ekonomi global yang semakin memberi penekanan terhadap amalan perniagaan mampan dan bertanggungjawab.

Penglibatan UMT sebagai rakan strategik dalam penganjuran program ini mencerminkan komitmen universiti untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan pemain industri dalam memperkasakan agenda kelestarian, khususnya di wilayah Pantai Timur.

Kerjasama ini juga selari dengan aspirasi UMT untuk memperluas peranan universiti sebagai pemangkin pembangunan mampan melalui perkongsian kepakaran, pemindahan ilmu dan penglibatan aktif bersama komuniti industri serta masyarakat.

Penganjuran Program Kenali ESG 2026 diharapkan dapat menjadi platform yang berkesan dalam menggalakkan lebih banyak PKS, khususnya perusahaan berskala kecil, untuk mula mengintegrasikan elemen ESG secara berperingkat dalam pengurusan dan operasi perniagaan mereka.

Secara keseluruhannya, program ini mencerminkan sinergi strategik antara MITI, agensi di bawah kementerian dan UMT dalam memperkukuh ekosistem perniagaan yang lebih berdaya saing, inklusif dan mampan, sekali gus menyokong aspirasi pembangunan ekonomi negara yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, masyarakat dan tadbir urus yang baik.