JEMPUTAN PENYERTAAN PENGANJURAN HARI LESTARI PERTAMA UMT 2026
“Protecting Our Earth, Shaping Our Future”
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Terengganu akan menganjurkan Hari Lestari UMT 2026 buat julung kalinya pada tahun ini, bertemakan “Protecting Our Earth, Shaping Our Future”. Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran, penglibatan serta komitmen warga universiti terhadap amalan kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan.
Untuk makluman, Hari Lestari UMT 2026 akan dilaksanakan pada April 2026 dan pemohon boleh melaksanakan Hari Lestari 2026 pada mana-mana tarikh berikut:
19 hingga 23 April 2026, atau
27 hingga 30 April 2026.
Sehubungan itu, pihak Pusat Pengurusan Lestari menjemput mana-mana fakulti, institut atau pusat yang berminat untuk bersama-sama terlibat sebagai penganjur atau rakan strategik dalam menjayakan program ini sepanjang tempoh penganjuran tersebut.
Sebagai galakan penyertaan, insentif sebanyak RM1,000.00 akan diberikan kepada setiap fakulti, institut atau pusat yang mengemukakan permohonan dan terlibat dalam penganjuran program ini, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Pusat Pengurusan Lestari selewat-lewatnya pada 21 Februari 2026 (Jumaat), sebelum jam 4.00 petang untuk tindakan selanjutnya.
Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.