PUSAT PENGURUSAN LESTARI

BENGKEL POLISI PENULISAN KERTAS POLISI KELESTARIAN UMT
Bengkel ini bertujuan memberi penerangan tentang pengertian kertas polisi, dan kriteria penilaian penarafan antarabangsa terhadap kertas polisi secara terperinci dan mengetahui bagaimana cara untuk membantu universiti mendapat markah penilaian penarafan antarabangsa melalui penghasilan kertas polisi. Diharap kertas polisi yang terhasil daripada bengkel ini menjadi serampang dua mata yang boleh membantu UMT melonjakkan kedudukan dalam QS University Ranking dan The Time Higher Education (THE) dan UI Green Metric.
Di dalam bengkel ini juga,pencapaian dan aktiviti – aktiviti SDG 2023 yang dilaksanakan di UMT telah dibentangkan oleh Prof. Madya Chm. Dr. Chia Poh Wai, dan dialog ringkas berkenaan SDG di antara penyelidik dan agensi kerajaan seperti PlanMalaysia Terengganu, Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut diadakan.
Turut hadir dalam program ini ialah Prof. Madya Dr. Mohd Nazli bin Mohd Nor, Pengarah Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko, Prof. Madya Dr. Nazli Bin Aziz, Timbalan Dekan (Bakat), Fakulti Perniagaan, Ekonomi, Pembangunan Sosial, Prof. Madya Chm. Dr. Chia Poh Wai, Ketua, Pusat Pengurusan Lestari, Dr. Zamri bin Chik, TSIS, En. Zainulariffin bin Ismail, PlanMalaysia Terengganu, dan Pn Maisarah binti Mohd Nor, JAS.