Selamat Sejahtera,
JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN “INTER-FACULTY & INTER-CAFETERIA SUSTAINABILITY COMPETITION 2022”.
YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
- Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Citra dan Kelestarian Kampus bersama dengan Eco-Innovation RIG akan menganjurkan pertandingan INTER-FACULTY & INTER-CAFETERIA SUSTAINABILITY COMPETITION 2022 bagi tujuan meningkatkan budaya kelestarian dan kemampanan di kalangan warga UMT di samping menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan warga Malaysia yang dapat mempraktikan amalan hidup lestari.
- Pertandingan ini terbuka kepada semua Ptj dan semua Kafeteria di UMT. Syarat-syarat pertandingan adalah sepertimana berikut:
- Membuat pendaftaran dengan Google Form INTER-FACULTY & INTER-CAFETERIA SUSTAINABILITY COMPETITION 2022 (shorturl.at/ABHJV)
- Muatnaik video berdurasi tidak lebih 9 minit dan berkongsi aktiviti lestari yang telah dijalankan oleh setiap PTj dan Kafeteria
- Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput semua Ptj dan semua Kafeteria untuk menyertai pertandingan ini. Penyertaan adalah terbuka kepada Ptj dan Kafeteria Sahaja. Kategori pertandingan dan hadiah dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu:
- kategori: fakulti, institut atau pusat tanggungjawab
- kategori: kafeteria
- Pemenang setiap kategori akan dipilih mengikut markah akumulatif tertinggi bagi pingat emas, perak dan gangsa. Penyertaan adalah terhad kepada SATU(1)sahaja bagi setiap PTj dan Kafeteria. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan urus setia; Prof. Madya Dr. Chia Poh Wai/ pohwai@umt.edu.my. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Disember 2022 jam 11.59 p.m. Semoga perkara ini berada di dalam perhatian YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.