Hermie’s Hub UMT Bolot Seed Fund 2.0 Bootcamp Fasa 2 dalam UTC 2.0
Menerusi program University to Community (UTC) 2.0 anjuran KPT dengan UPSI selaku Penyelaras, Bootcamp Fasa 2 bagi UTC 2.0 telah diadakan pada 14-16 Dis. 2023 yang lalu bertempat di The Ship Campus, Pulau Pinang.
Dalam fasa ini, sesi Final Pitching telah diadakan dan Hermie’s Hub dari UMT telah berjaya meraih Seed Fund UTC 2.0 tambahan berjumlah RM2,000.00 bagi melaksanakan projek yang direncanakan. Hermie’s Hub merupakan di antara 10 penerima dana berkenaan dari 12 IPT yang berjaya mara ke peringkat Final Pitching fasa Bootcamp UTC 2.0. Perolehan dana tambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan dana yang diterima bagi melaksanakan projek adalah sebanyak RM22,000.00.
Hermie’s Hub telah diwakili oleh empat (4) orang pelajar dari FSSM dengan Dr. Afiq Durrani Mohd Fahmi, pensyarah dari FSSM selaku Mentor. Sekalung tahniah diucapkan!