PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

INSENTIF HARI LESTARI 2026 : Beach Clean-Up – Love Our Beach Program Promotes Environmental Stewardship

Sustainability Day 2026: “Beach Clean-Up – Love Our Beach” Program Promotes Environmental Stewardship

In conjunction with UMT Sustainability Day 2026, the Faculty of Marine and Environmental Sciences (FSSM), in collaboration with the Sustainability Management Centre (PPL) and the Marine Science Club, organised the “Beach Clean-Up – Love Our Beach” programme on 14 May 2026 (Thursday) at the beach located behind Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

The programme brought together 60 participants, comprising UMT staff and students, who worked collectively to remove 368 kilograms of waste from the beach. The initiative contributed to improving the cleanliness of the coastal environment while raising awareness of the importance of environmental conservation and sustainable waste management among the university community.

The programme was officially launched by Prof. ChM. Dr. Wan Mohd Khairul bin Wan Mohamed Zin, Dean of the Faculty of Marine and Environmental Sciences. Demonstrating strong leadership and commitment to sustainability, the Dean was joined by both Deputy Deans, who actively participated in the beach clean-up alongside staff and students before attending their faculty meeting.

To recognise the participants’ outstanding efforts, hampers were presented to the team that collected the largest amount of waste. The prizes were awarded by the Head of the Marine Science Programme, Dr. Nurulnadia binti Mohd. Yusof.

Beyond restoring the cleanliness of the beach, the programme fostered teamwork, social responsibility, and environmental awareness among the UMT community. The initiative reflects UMT’s continued commitment to promoting sustainable practices and encouraging active participation in environmental conservation.

The organising committee extends its sincere appreciation to the management of the Faculty of Marine and Environmental Sciences (FSSM), particularly the Dean, Deputy Dean (Academic), and Deputy Dean (Talent and Student Development), for their continuous support and encouragement in making this programme a success. Appreciation is also extended to the Sustainability Management Centre (PPL), the FSSM General Office, and the Marine Science Club for their valuable contributions and cooperation throughout the programme.

 

Hari Lestari UMT 2026: Program “Jom Bersih Pantai – Sayangi Pantai Kita” Semarakkan Semangat Kelestarian

Bersempena sambutan Hari Lestari UMT 2026, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Lestari (PPL) dan Kelab Sains Marin telah menganjurkan program “Jom Bersih Pantai – Sayangi Pantai Kita” pada 14 Mei 2026 (Khamis) di kawasan pantai belakang Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Program ini berjaya menghimpunkan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar UMT. Hasil usaha gotong-royong sepanjang program berlangsung, sebanyak 368 kilogram sampah berjaya dikumpulkan dan dibersihkan, sekali gus menyumbang kepada pemeliharaan kebersihan kawasan pesisir pantai serta meningkatkan kesedaran warga kampus terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Prof. ChM. Dr. Wan Mohd Khairul bin Wan Mohamed Zin, Dekan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin. Kehadiran beliau bersama kedua-dua Timbalan Dekan, iaitu Timbalan Dekan Akademik dan Timbalan Dekan Bakat, yang turut sama turun padang menyertai aktiviti pembersihan pantai sebelum menghadiri mesyuarat fakulti, mencerminkan komitmen kepimpinan FSSM dalam menyokong agenda kelestarian universiti.

Sebagai tanda penghargaan kepada para peserta, hadiah hamper telah disampaikan kepada pasukan yang berjaya mengumpulkan jumlah sampah terbanyak. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Program Sains Marin, Dr. Nurulnadia binti Mohd. Yusof.

Program ini bukan sahaja berjaya membersihkan kawasan pantai, malah turut memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab sosial dan kesedaran terhadap pemeliharaan ekosistem marin dalam kalangan warga UMT. Inisiatif seperti ini selari dengan aspirasi UMT untuk memperkukuh budaya kelestarian melalui penglibatan aktif komuniti kampus.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada pihak pengurusan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), khususnya Dekan FSSM, Timbalan Dekan Akademik dan Timbalan Dekan Bakat atas sokongan serta galakan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Penghargaan turut diberikan kepada Pusat Pengurusan Lestari (PPL), Pejabat Am FSSM dan Kelab Sains Marin atas kerjasama serta komitmen yang telah memastikan kelancaran pelaksanaan program ini.