ICAMB Free Market Programme 2026
On 23 April 2026, the grounds of the Institute of Climate Adaptation and Marine Biotechnology (ICAMB) were transformed into a lively marketplace during the ICAMB Free Market Programme. The programme successfully attracted 181 visitors, demonstrating the growing awareness and appreciation of sustainable living among the university community and the local public.
With an incentive grant of RM1,000 provided by the Centre for Sustainable Management (PPL), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), ICAMB successfully transformed the funding into a programme that delivered significant social and environmental benefits. This initiative highlights how appropriate support can effectively empower grassroots green initiatives while reinforcing UMT’s commitment to advancing the Sustainable Development Goals (SDGs).
“The programme served as an open marketplace where ICAMB staff shared new and pre-owned items, as well as donated food items, fostering a culture of giving, sharing, and generosity.”
The ICAMB Free Market Programme 2026 left a lasting impact by demonstrating that sustainability does not always require sophisticated technology or substantial financial investment. Sometimes, all it takes is an open space, modest funding support, items ready for a second life, and a genuine willingness to share with others.
Congratulations to ICAMB and the Centre for Sustainable Management (PPL), UMT, for this outstanding initiative. May this meaningful culture of sharing continue to flourish and inspire other departments to embrace similar sustainability efforts.
Program Free Market ICAMB 2026
Pada 23 April 2026, pekarangan Institut Adaptasi Iklim dan Bioteknologi Marin (ICAMB) telah bertukar wajah menjadi pasar yang meriah dengan penganjuran Program Free Market ICAMB. Program yang dianjurkan ini telah berjaya menarik perhatian dan kehadiran seramai 181 orang pengunjung, sekali gus membuktikan bahawa kesedaran terhadap gaya hidup lestari semakin subur dalam kalangan warga universiti dan komuniti setempat.
Dengan insentif sebanyak RM1,000 yang diperuntukkan oleh Pusat Pengurusan Lestari (PPL), UMT, ICAMB berjaya menterjemahkan dana tersebut menjadi sebuah program yang memberi impak sosial dan alam sekitar yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa dengan sokongan yang tepat, inisiatif hijau di peringkat akar umbi mampu digerakkan dengan sangat berkesan dan dengan komitmen UMT dalam mendokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
“Program ini merupakan platform pasar terbuka yang membolehkan staf ICAMB berkongsi barangan baharu dan terpakai serta memberi sumbangan barangan makanan, sekali gus menyuburkan budaya bersedekah, memberi, dan berkongsi.”
Program Free Market ICAMB 2026 telah meninggalkan impak yang mendalam. Ia membuktikan bahawa kelestarian tidak semestinya melibatkan teknologi yang rumit atau kos yang berjuta ringgit. Kadangkala, ia hanya memerlukan sebuah ruang terbuka, sedikit dana sokongan, barangan yang ingin dilepaskan, dan hati yang luhur untuk berkongsi.
Syabas diucapkan kepada ICAMB dan Pusat Pengurusan Lestari UMT atas inisiatif yang luar biasa ini! Semoga budaya murni ini terus kekal dan menjadi inspirasi kepada jabatan-jabatan lain.