Kuala Terengganu – UMT telah menerima kunjungan hormat dari Mie University Jepun iaitu Prof. Dr. Chihari Nakashima pada 27 Februari 2024.
Satu sesi perbincangan antara Prof. Dr. Chihari Nakashima dan beberapa pegawai utama UMT telah diadakan di bilik mesyuarat Naib Canselor bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Antara topik utama yang telah dibincangkan ialah berkaitan dan persetujuan kontrak Sci-let program antara UMT dan Mie University dan perlaksanaan program tersebut.
Hadir sama dalam sesi perbincangan ini ialah Naib Canselor UMT, Profesor Dato` Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar, Pro Naib Canselor (Strategi Dan Prestasi),
Profesor Dr. Tengku Sifzizul bin Tengku Muhammad, Pengarah Pusat Tranformasi Perancangan Strategik, Prof. Madya Dr. Mohd Nazli bin Mohd Nor dan Risiko, Pengarah Pusat UMT Life, Profesor Dr. Hafiza Aishah binti Hashim, Ketua E-Pembelajaran, Prof. Madya Dr. Siti Nor Khadijah binti Addis dan Ketua Pusat Pengurusan Lestari, Prof. Madya Dr. Chia Poh Wai.