PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Sukacitanya dimaklumkan bahawa aktiviti bulanan pengumpulan dan kutipan bahan kitar semula secara berjadual anjuran Pusat Pengurusan Lestari (PPL) UMT akan dijalankan di 4 lokasi bernotis (seperti lampiran) iaitu:

           1. Depan Fakulti Pengajian Maritim (bersebelahan kafe)
           2. Belakang bangunan FSSM (Antara bangunan Fakulti dan Makmal Sains Nautika)
           3. Kompleks Sementara Pensyarah (Kabin Biru) bersebelahan bangunan Bio-D Tropika (berdekatan kawasan parkir kereta)
           4. Institut Bioteknologi Marin (IMB, berdekatan pintu bahagian belakang)

2. Kepada sesiapa yang berminat untuk terlibat dengan program ini, YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan boleh merujuk kepada lampiran yang disediakan tentang jenis bahan yang boleh diterima dan tatacara penyediaan bahan kitar semula.  YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan juga boleh membawa bahan kitar semula dari rumah ke lokasi tersebut pada masa yang telah ditetapkan – Rabu petang (untuk Lokasi 1 sahaja) ataupun Khamis pagi.

3. Mohon jasa baik semua pihak untuk 1) TIDAK meletakkan bahan yang tidak boleh dikitar semula seperti sisa makanan atau pepejal, barangan/botol kaca, polisterin serta plastik beg yang berwarna warni dan 2) TIDAK meletakkan bahan kitar semula di luar waktu yang ditetapkan.

4. Sebarang persoalan tambahan berkenaan lokasi, waktu dan tatacara penyediaan, tuan/puan boleh menghubungi PIC kempen Green Living UMT, Dr. Amirah Alias di Ext: 3838 atau emel kepada amirah.a@umt.edu.my.

5. Jadual untuk kutipan seterusnya pada bulan ini adalah pada hari Rabu, 31 Jan 2024, sebelum jam 10 pagi. Semoga ketetapan tarikh diambil maklum oleh semua dan kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak untuk melestarikan kampus UMT dan persekitaran setempat.

Sekian, terima kasih.