PUSAT PENGURUSAN LESTARI

SESI PERBINCANGAN PUSAT TRANFORMASI PERANCANGAN STRATEGIK DAN RISIKO, UMT BERSAMA JMYKO HOLDING (M) SDN BHD

 

Kuala Terengganu – Pusat Tranformasi Perancangan Strategik dan Risiko, UMT telah mengadakan sesi perbincangan bersama wakil dari JMYKO Holding (M) Sdn Bhd.  Sesi perbincangan ini dijalankan pada 28 Februari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Timbalan Naib Canselor.

Sesi perbincangan ini bertujuan untuk merancang jalinan kerjasama antara UMT dan JMYKO bagi meningkatkan kualiti hidup, ekonomi dan kemanpanan alam sekitar. Perbincangan turut menyentuh berkenaan penggunaan bioplastik  yang berasaskan jagung yang lebih mesra alam.

Turut hadir dalam sesi perbincangan ini ialah Pengarah Pusat Tranformasi Perancangan Strategik, Prof. Madya Dr. Mohd Nazli bin Mohd Nor dan Risiko dan Ketua Pusat Pengurusan Lestari, Prof. Madya Dr. Chia Poh Wai.wa