PUSAT PENGURUSAN LESTARI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

23 Julai 2025 | Osaka, Jepun

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Mie University, Jepun hari ini melakar satu lagi detik penting melalui pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) sempena penyertaan UMT dalam Ekspo 2025 Osaka.

MoU ini membuka ruang kerjasama strategik dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan mobiliti antarabangsa, sekali gus memperkukuh jaringan global UMT.
🔹 UMT diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim
🔹 Mie University diwakili oleh Naib Presiden Eksekutif, Prof. Satoshi Kaneco
Kerjasama ini dijangka memperkasa reputasi UMT ke tahap yang lebih tinggi melalui pelaksanaan program kolaboratif yang telah dirancang bersama.

Sinergi antarabangsa seperti ini selari dengan hasrat UMT untuk terus unggul di persada global dalam bidang kelautan, sains gunaan dan kelestarian.